Medlineplus - Silakan perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan
anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera.
Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di
tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera
pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Anda Menyimpan Pokok ini Sebagai Hiasan |
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian
sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh
membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa
pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya
racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk
ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka
mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu
apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang
tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila
mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta
dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak
dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang
menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai
pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan
Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau
selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.
Sumber: Medlineplus