Desi Fitrie | Informasi-informasi Terupdate

Baca, Saksikan, Rasakan, Simpulkan...

Rabu, 30 Juli 2014

Salude Buat Turki | Tentera Turki sebagai Pengiring

Middleeastmonitor.com - Khamis 24/7 Pengerusi IHH Bulent Yildrim berkata; Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) kini dalam rancangan menganjurkan "Freedom Flotilla II" yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang terkepung.."

salut-buat-turki
Salude Buat Turki
Dalam kenyataan kepada Gulf Online, Yildrim berkata organisasinya telah mula mengkaji prosedur undang-undang dan kertas kerja yang diperlukan untuk mendapatkan permit bagi perjalanan misi ini. Sebaik sahaja permit akhir dikeluarkan, IHH bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain akan segera melancarkan konvoi tersebut.


Pengerusi IHH, yang juga merupakan penganjur utama Gaza Freedom Flotilla I, berkata, buat kali ini tentera Turki akan turut terlibat mengiringi kapal laut untuk melindunginya dari sebarang bentuk serangan, beliau menuntut kerajaan(Turki) untuk memberi perlindungan kepada mereka sebagai warga Turki.


Maze Keheil, Presiden "European Campaign for Lifting the Siege on Gaza", juga turut mengesahkan hasratnya untuk menyertai misi kali ini selepas menyertai kempen yang pertama pada tahun 2010.


Sumber - middleeastmonitor.com

Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore magna aliquyam erat, sed diam voluptua.

Pages

Back To Top